PRK Rantau: SPR tidak terima laporan kempen guna kanak-kanak - Utusan Malaysia

PRK Rantau: SPR tidak terima laporan kempen guna kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menyifatkan penglibatan kanak-kanak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkemungkinan perlu dirujuk di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima maklumat berkaitan dakwaan kanak-kanak digunakan sebagai bahan kempen bagi PRK DUN tersebut.

“Saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang kempen yang guna kanak-kanak tetapi saya rasa ia di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau terjadi (kempen yang guna kanak-kanak), saya tiada maklumat itu. Saya kurang pasti sama ada di bawah akta tersebut, ia merupakan satu kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Parlimen Sandakan di Menara SPR di sini hari ini.

Sebelum ini, calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan penggunaan kanak-kanak sebagai bahan kempen adalah tidak sesuai.

Mohamad dipetik berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada SPR sama ada cara berkempen itu dibenarkan atau sebaliknya.

Kenyataan Mohamad itu bagi menjawab pertanyaan media selepas calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram didakwa menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen sebelah malam yang dijalankan di Taman Orkid, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam kempen itu, kanak-kanak terbabit dibawa naik ke atas pentas ceramah PH sambil memegang kotak pensel warna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini