Bekas Ahli Dewan Negara meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Ahli Dewan Negara meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Bekas Ahli Dewan Negara mewakili negeri Melaka, Datuk Akbar Ali, 70, meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi tadi di Hospital Melaka dipercayai akibat strok atau angin ahmar.

Anak kedua Allahyarham, Syamsul Azly berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka setelah dimasukkan ke hospital itu pada Rabu lepas.

Beliau berkata, jenazah ayahnya akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Tedong, Merlimau, Jasin dekat sini dan solat jenazah akan dilakukan selepas solat Jumaat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika arwah ada tersilap kata dan perbuatan sepanjang hidupnya, saya dengan penuh rendah diri memohon agar dapat mengampunkan dosa-dosa beliau.

“Mohon jasa baik tuan, puan mendoakan roh ayah tenang bertemu Maha Pengasih,” katanya menerusi pengkongsian dalam laman Facebooknya di sini hari ini.

Akbar meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 27 Ogos 2008. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini