Siapa mahu beli Sanchez? - Utusan Malaysia

Siapa mahu beli Sanchez?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 4 April – Alexis Sanchez berada dalam senarai teratas pemain yang mahu dijual oleh Ole Gunnar Solskjaer apabila Manchester United melakukan rombakan besar-besaran menghadapi musim baharu.

Solskjaer yang menyasarkan bek kanan serta pertahanan tengah baharu dijangka melepaskan beberapa nama besar termasuk David de Gea, Ander Herrera, Juan Mata, Marcos Rojo dan Matteo Darmian manakala kedudukan Antonio Valencia masih tidak menentu.

Sanchez, 30, gagal menunjukkan impak sejak tiba di Old Trafford pada Januari 2018, biarpun menjadi penerima gaji tertinggi iaitu 350,000 pound (RM1.88 juta) seminggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang Chile itu bagaimanapun masih mempunyai kontrak sehingga 2022.

United sedaya upaya tidak mahu kehilangan De Gea namun ketika kontraknya berbaki 12 bulan untuk tamat, penjaga gol Sepanyol itu masih enggan menandatangani perjanjian baharu.

Kontrak Herrera pula akan tamat pada 30 Jun, dan pemain tengah itu tidak gembira dengan gajinya yang dianggap tidak setimpal.

Herrera, 29, menuntut kenaikan gaji kepada 200,000 pound (RM1.07 juta) seminggu, dia kini menerima 80,000 pound (RM430,000). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini