Kian Meng-Pei Jing kejutkan pilihan ketiga - Utusan Malaysia

Kian Meng-Pei Jing kejutkan pilihan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing melakar kejutan dengan menyingkirkan pilihan ketiga dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Malaysia, hari ini.

Aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil itu menyaksikan pasangan negara mengambil masa 37 minit untuk menyingkirkan Watanabe-Higashino 21-16, 21-15 dan akan berdepan cabaran Pranaav Jerry Chopra-N. Sikki Reddy yang menang ke atas Sam Magee-Chloe Magee 22-20, 24-22.

Paling menarik, Kian Meng menyifatkan gaya rambut baharu yang lebih pendek berbanding

Memuatkan artikel berkaitan…
TAN KIAN MENG-LAI PEI JING menewaskan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa
TAN KIAN MENG-LAI PEI JING menewaskan pasangan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI

sebelum ini telah membawa lebih tuah kepada mereka dalam meraih kemenangan pertama, tahun ini selepas sering tewas di pusingan pertama dalam setiap kejohanan yang disertai mereka.

“Ini gaya rambut mahu buang suwey (nasib malang), sudah dua tahun suwey, bukan saya hebat tetapi gaya rambut ini hebat,” katanya berseloroh selepas tamat perlawanan kejohanan Siri Jelajah Dunia Super 750 bernilai AS$700,000 (RM2.86 juta).

Sementara itu, Pei Jing mengakui bahawa kemenangan hari ini sememangnya menjadi pembakar semangat buat mereka terutama selepas sering terkandas di pusingan awal dalam kejohanan terdahulu.

“Dua tahun lalu pada Piala Sudirman memang kami menang ke atas mereka menerusi rubber set dan untuk menang kali kedua ke atas juara All England itu, adalah sesuatu yang sangat baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini