Menteri DAP tunjuk prestasi yang baik - Gobind - Utusan Malaysia

Menteri DAP tunjuk prestasi yang baik – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini memuji menteri daripada DAP yang menjalankan tugas dengan baik dalam tempoh 10 bulan pentadbiran ini.

Bagaimanapun, Gobind yang juga Timbalan Pengerusi  DAP, mengakui terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik dan akan terus berusaha ke arah itu.

“Sudah tentulah saya gembira dengan prestasi semua menteri, kerana pada akhirnya, kami telah belajar dan kami menjalankan tugas dengan baik,” katanya kepada pemberita mengenai prestasi menteri daripada DAP, di lobi Parlimen di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya sama ada terdapat keperluan bagi kerajaan untuk mewujudkan komunikasi yang lebih baik dengan rakyat bagi menangani isu berbangkit, Gobind berkata kerajaan akan mencari jalan untuk berkomunikasi tentang dasar kerajaan dengan lebih baik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini