PRK Rantau: UMNO nafi main politik wang - Utusan Malaysia

PRK Rantau: UMNO nafi main politik wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menafikan tuduhan parti tersebut bermain politik wang bagi meraih undi terutama di kalangan masyarakat India dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pemberian wang RM200 itu tidak berasas dengan sengaja memainkan politik murahan serta psikologi terbalik. 

“Hakikatnya, tidak perlu bermain duit dalam suasana PRK DUN Rantau sebab jasa dan bakti Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) sudah cukup sebagai penghujahan dan dalil bahawa rakyat pilih beliau kembali. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila bertemu dengan pengundi India, masing-masing menyatakan perasaan sayang pada Tok mat sebab banyak bantu mereka termasuk sewaktu menjadi Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Wacana Sinar bertajuk Pas – UMNO bergabung, apa kesan demografi politik di sini hari ini. 

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Mohamad mewakili Barisan Nasional (BN) , Dr. S. Stream (Pakatan Harapan) dan dua calon bebas iaitu Mohd. Nor Yassin, 67, dan R.Malar, 51.

Asyraf memberitahu, pendekatan digunakan Pemuda UMNO akan pintu ke pintu dengan menekankan kaedah lebih menyatakan jasa dan bakti Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden UMNO. 

“Kadang tidak perlu beri risalah, mereka (pengundi) yang bercerita apa yang perolehi sepanjang Tok Mat menjadi MB dan wakil rakyat (DUN Rantau),” katanya. 

Dalam perkembangan berlainan, kemenangan PRK DUN Rantau akan menaikkan moral BN secara keseluruhan selepas memenangi dua PRK sebelum ini di Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini