TIADA siapa dapat menafikan sains merupakan penggerak kemajuan negara dan dalam masa sama Malaysia bergerak ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Namun, usaha ini akan terencat sekiranya Malaysia kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini.
Justeru, bagaimana cara untuk menjana minat dan memupuk semangat cintakan sains dalam kalangan rakyat terutama golongan muda yang merupakan pelapis negara.
Sudah tentu dengan menggambarkan bahawa sains itu sesuatu yang menyeronokkan.
Bagaiaman caranya? Salah satunya dengan mengadakan Minggu Sains Negara yang sedang berlangsung di Pusat Sains Negara.
Pameran ini bukan hanya membantu mempromosi bidang sains, malah untuk menyuntik kesedaran mengenai teknologi baharu.
Kedatangan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang merangkumi Internet of Things (IoT), Augmented Reality, kepintaran buatan, robotic, kenderaan autonomous, 3-D printing, teknologi nano, bioteknologi dan perkomputeran awanan dan sensor menjadikan dunia semakin mencabar.

Minggu Sains Negara diharap menjadi platform bagi memperkenalkan teknologi tersebut kepada masyarakat negara ini yang sebahagiannya sudah berada di tangan mereka.
Ikuti kupasan mengenai Minggu Sains Negara dalam Mega Sains, Utusan Malaysia esok menerusi artikel bertajuk `Pintar bersama sains maju bersama teknologi’ atau layari www.utusan.com.my.











