Thi Huong terlepas hukuman mati - Utusan Malaysia

Thi Huong terlepas hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong bernasib baik apabila terlepas tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan terhadapnya atas pertuduhan alternatif menyebabkan kecederaan ke atas abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas Thi Huong, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya semalam.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sepatutnya prosi­ding yang berlangsung semalam adalah peringkat bicara bela diri, namun pihak pendakwaan telah menawarkan pertuduhan alternatif kepadanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad.

Sebelum ini, wanita itu dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Jong-nam.

Pada prosiding semalam, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh Thi Huong ditangkap pada 15 Februari 2017 selain barang-barang miliknya yang dirampas sebelum ini iaitu pasport dan dua unit telefon bimbit dipulangkan semula.

Tertuduh ditahan sejak 15 Februari 2017 dan dijangka dibebaskan dari Penjara Kajang pada 5 Mei ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini