Semua sedar risiko ambil alih kerajaan - Utusan Malaysia

Semua sedar risiko ambil alih kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Mana-mana kerajaan di dunia sepatutnya mengetahui mengenai risiko yang perlu diambil selepas mengambil alih pemerintahan sesebuah negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu turut terpakai kepada kerajaan Pakatan Harapan yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 11 bulan lalu.

“Permainan menyalahkan tidak harus berlaku. Kalau kononnya kerajaan lalu banyak kesalahan dan kesilapan, lakukanlah lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat tunggu apakah perubahan dan pembaharuan yang mahu dilakukan bukan hanya meletakkan semua kesalahan kepada kerajaan lalu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri memberi contoh pembentangan perbelanjaan tambahan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hari ini.

“Kaedah yang digunakan masih menyalahkan kerajaan lama kononnya perbelanjaan tambahan itu bukan untuk membiayai projek-projek baharu, tapi sebab komitmen kerajaan lama,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Daim Zainuddin yang menyatakan kemahiran komunikasi menteri PH diperbaiki, Ahli Parlimen Bagan Datuk menyifatkan teguran Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu sesuatu yang wajar.

“Daim mengetahui prestasi setiap menteri dan kementerian sebab beliau dalam Kabinet begitu lama. Beliau dapat membuat perbandingan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini