KUALA LUMPUR 2 April – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawarkan bayaran RM20 bagi setiap kompaun tertunggak sepanjang April ini.
MPS dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran bayaran itu dibuka kepada semua pemilik kenderaan yang mempunyai tunggakan kompaun di sekitar Selayang, dekat sini.
“Orang ramai boleh membuat semakan dan melaksanakan bayaran di Menara MPS atau mana-mana kaunter bergerak MPS,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi MPS di talian 03-6126 5800 atau Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. di 03-6120 5889 atau layari laman web mps.gov.my. – UTUSAN ONLINE











