Lelaki didakwa miliki rambut terpanjang di dunia - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa miliki rambut terpanjang di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 2 April – Pengguna media sosial negara ini menggalakkan seorang lelaki warga emas untuk memohon namanya dicatat dalam Guinness World Records selepas didakwa memiliki rambut paling panjang di dunia.

Lapor Oddity Central, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ake Yizheng, memiliki rambut sepanjang 5.5 meter dan mendakwa tidak pernah memotongnya sejak lebih 54 tahun lalu.

Yizheng menjadi tular selepas satu video menunjukkan dia bersama menantu perempuannya mengunjungi sebuah salon di wilayah Sichuan untuk membasuh rambutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video berkenaan menunjukkan kakitangan salon itu membuka ikatan rambutnya, membasuhnya dalam sinki dan kemudiannya mengeringkan rambut Yizheng.

Proses terbabit memerlukan dua atau tiga orang dan memakan masa sehingga tiga jam untuk melakukannya.

Video yang dimuat naik oleh menantunya itu segera menjadi tular apabila mencapai 1.5 juta tontonan dalam tempoh beberapa hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini