Kemenangan saat akhir, bukti mentaliti Liverpool kuat - Utusan Malaysia

Kemenangan saat akhir, bukti mentaliti Liverpool kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 April – Andy Robertson berkata kemenangan di saat akhir ke atas Tottenham membuktikan bahawa Liverpool memppunyai keyakinan untuk memenangi sebarang perlawanan dalam usaha mengatasi pencabar utama, Manchester City.

Liverpool menjaringkan gol kemenangan pada penghujung perlawanan buat kali ketiga musim ini ketika mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Spurs, dan kembali menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Gol sendiri Toby Alderweireld merupakan kemenangan ke-33 Liverpool pada minit ke-90 atau lebih dalam sejarah Liga Perdana, lebih lapan daripada kelab lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir dia hadir daripada seluruh skuad, yang memiliki sikap dan kepercayaan yang baik sehingga kami mampu memenangi sebarang perlawanan.

“Kami tahu kami memiliki tenaga, kami sedar kami memiliki hati yang baik untuk berjuang sehingga ke penghujungnya dalam setiap perlawanan.

“Tahap kecergasan kami adalah di tahap terbaik untuk musim ini, jadi kami tahu kami boleh berjuang sehingga tamat.

“Ada kalanya hanya memerlukan sedikit ‘nasib baik’ dan kami meraihnya dan sekalipun kami mengharunginya dengan sukar di babak kedua, namun kami tetap percaya bahawa kami mampu memenangi perlawanan ini. Ini mentaliti yang kami ada,” kata pertahanan Liverpool itu.

Kejayaan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu semalam membolehkan mereka merampas semula kedudukan teratas liga, dengan berkelebihan dua mata di depan tempat kedua City, yang berhutang satu perlawanan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini