Salahuddin tak campur pegawai kena siasat SPRM - Utusan Malaysia

Salahuddin tak campur pegawai kena siasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM berhubung penahanan setiausaha politiknya hari ini.

Salahuddin Ayub berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan akan membiarkan undang-undang Malaysia menjalankan tanggunggjawab tersebut.

“Beliau (setiausaha politik) juga seperti rakyat Malaysia lain yang tertakhluk kepada undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan yakin serta percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang setiausaha politik ditahan kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini