Bukan tuduh SPR lewatkan PRK Rantau - Utusan Malaysia

Bukan tuduh SPR lewatkan PRK Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 1 April – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menganggap kenyataannya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melewatkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sebagai satu tuduhan.

Sebaliknya jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, kenyataannya itu adalah jangkaan berdasarkan mesyuarat yang dijalankan oleh pihak SPR.

“Saya jangkakan saja, kerana selalunya ikut tradisi, SPR bila bermesyuarat minggu seterusnya akan diadakan penamaan calon tapi kali ni satu bulan. Tapi bagus la dapat la rehat sikit kan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya cuba kaitkan sahaja, kalau tiada Alhamdulillah. Ini bukan tuduhan, ini kenyataan saja, kerana saya jangka banyak orang yang hendak supaya momentum ‘feel good factor’ BN ini perlu dihentikan atau diredakan dulu,” katanya.

MOHAMAD HASAN bergambar bersama orang ramai semasa mengunjungi pasar malam Taman Kelab Tuanku, Mamba
MOHAMAD HASAN bergambar bersama orang ramai semasa mengunjungi pasar malam Taman Kelab Tuanku, Mambau di Rembau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bertemu orang ramai di pasar malam Taman Kelab Tuanku, Mambau di sini hari ini.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun hari ini menerusi kenyataan menafikan dakwaan pihaknya sengaja melewatkan hari penamaan calon bagi PRK Rantau untuk mengurangkan momentum kemenangan BN.

Jelasnya, tarikh-tarikh penting bagi PRK DUN Rantau ditetapkan mengikut kesesuaian setelah mengambil kira semua faktor selain memberi jaminan bahawa semua tindakan SPR tidak dipengaruhi mana-mana parti politik ataupun kecenderungan fahaman politik.

Kenyataan Azhar itu adalah sebagai maklum balas kenyataan Mohamad seperti yang dilaporkan media bahawa SPR sengaja melewatkan hari penamaan calon bagi mengurangkan momentum kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan Semenyih.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini