Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong kemunculan semula minat belian, prestasi positif harga minyak mentah serta keputusan Rizab Persekutuan AS berkaitan kadar faedah, kata peniaga.

Pada pukul 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.0790/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0800/0850 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Peniaga berkata, ringgit turut meningkat semula daripada prestasi rendah minggu lepas ekoran kelemahan dolar AS selepas pengambilan untung daripada kenaikan baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata petunjuk daripada Rizab Persekutuan AS bahawa tidak akan ada kenaikan kadar faedah tahun ini kecuali kenaikan tunggal pada 2020 merupakan berita baik bagi mata wang negara pesat membangun termasuk ringgit.

“Di samping itu, harga minyak mentah lebih tinggi dengan niaga hadapan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras ketika ini pada AS$68.63 (RM280.10) setong telah menyokong ringgit kerana Malaysia sebagai pengeksport bersih minyak dan gas amat bergantung kepada pergerakan harga komoditi berkenaan,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0114/0141 daripada 3.0086/0128 pada Jumaat selain susut berbanding pound Britain kepada 5.3419/3474 daripada 5.3122/3203.

Unit tempatan turut lemah berbanding euro kepada 4.5832/5882 daripada 4.5737/5809 pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, ringgit meningkat yen Jepun kepada 3.6744/6781 daripada 3.6820/6872. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini