Satu emas, tiga gangsa sasaran MAGGA di Singapura - Utusan Malaysia

Satu emas, tiga gangsa sasaran MAGGA di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kontinjen estetik gimnastik Malaysia akan memulakan cabaran mereka menghadapi empat kejohanan serentak di Singapura iaitu Piala Dunia II, Piala Cabaran II, Piala Singapura 2019 dan Kejohanan Empat Benua bermula esok hingga Khamis ini.

Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Malaysia (MAGGA) menghantar 16 pasukan daripada gabungan lima kelab iaitu Elite Dance Academy, Kickstart Gymnastics, Total Gymnastique, Pink Clubs dan ZV Gymdanz Fitness dengan menyasarkan satu pingat emas dan tiga gangsa pada kejohanan selama empat hari itu.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan Pesurahjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman kepada kontinjen negara telah diadakan di Wisma Universal Fitness & Leisure di sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden MAGGA, Datuk Malek Noor dan ketua kontinjen merangkap Timbalan Presiden MAGGA, Datuk Radha Krishnan Nair.

Selain Malaysia dan tuan rumah, Singapura, antara negara mengambil bahagian ialah empat kuasa utama gimnastik estetik dunia, Rusia, Finland, Jepun dan Kazakhstan selain Amerika Syarikat, Kanada, Denmark, Itali, Republik Czech, Estonia, Ukraine, Thailand serta Taiwan.

Kontinjen negara tidak kurang hebatnya kerana pernah meraih satu pingat gangsa sewaktu dijemput menyertai Kejohanan Dunia anjuran Persekutuan Antarabangsa Gimnastik Kumpulan Estetik (IFAGG) di Budapest, Hungary tahun lepas.

“Atas kertas, kami mempunyai pasukan yang berkeupayaan untuk memenangi pingat berdasarkan pencapaian diraih di China (Kejohanan Piala Asia Pacific AGG pada Mei tahun lalu),” kata Setiausaha MAGGA, Sarah Sarraj.

Acara gimnastik estetik berbeza dengan kategori artistik atau berirama tetapi masih merupakan satu bentuk sukan menyokong kesinambungan karier gimnas yang telah bersara serta berusia selain mengurangkan penggunaan peralatan dan dijalankan secara kerjasama berpasukan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini