CIQ KLIA2 dijangka beroperasi Mei - Utusan Malaysia

CIQ KLIA2 dijangka beroperasi Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Pusat pemprosesan khusus baharu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) kini hampir 70 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, kemudahan itu akan membantu krew pelepasan syarikat penerbangan terutama AirAsia mengoptimumkan prosedur mereka bagi mencapai prestasi masa yang lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, penumpang dapat menikmati laluan baharu dan peningkatan kekerapan penerbangan berdasarkan unjuran kecekapan yang boleh ditawarkan oleh CIQ kepada syarikat penebangan.

“AirAsia yang menunggu penyiapan CIQ telah melancarkan perkhidmatan baharu ke Fukuoka, Jepun dan Chiang Rai, Thailand pada awal tahun ini. Syarikat penerbangan itu mengendalikan lebih 85,000 penerbangan keluar di KLIA2 pada tahun lalu peningkatan sebanyak 9.9 peratus berbanding 2017.

“Bagi prestasi tahun semasa, setakat ini sebanyak 14,000 penerbangan keluar iaitu peningkatan 1.4 peratus berbanding tempoh sama 2018. Oleh itu, kami yakin CIQ baharu akan memberi perkhidmatan yang baik kepada syarikat penerbangan tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KLIA2 pada tahun lalu memberi perkhidmatan kepada 31.9 juta penumpang meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun. Ia juga menerima dua syarikat penerbangan baharu iaitu Indigo Airlines dan Citilink Indonesia.

CIQ merupakan usaha sama tiga pihak antara MAHB, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kemudahan itu dilengkapi proses bersepadu bagi memudahkan pelepasan krew penerbangan ke pintu masuk pesawat selain meningkatkan ketepatan masa yang akan menggalakkan masa pelepasan pesawat yang lebih cepat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini