Tabung bantu legenda bola sepak negara - Utusan Malaysia

Tabung bantu legenda bola sepak negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK 1 April – Melepang Tuah Sport Club (MTSC) dari Kampung Hang Tuah, Sagil di sini mengambil inisiatif menubuhkan tabung bagi membantu bekas pemain legenda bola sepak Johor dan kebangsaan, Anuar Abu Bakar yang menghidap kanser hati tahap empat.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Hang Tuah, Azman Abu Bakar berkata, simpati dengan keadaan Anuar yang sebelum ini banyak memberi sumbangan dalam arena bola sepak negara, MTSC terpanggil untuk sama-sama membantu beliau.

Katanya, menerusi tabung itu, kutipan yang diperolehi akan diserahkan kepada keluarga Anuar bagi meringankan beban beliau sepanjang tempoh rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azman berkata, sebagai langkah permulaan, MTSC mengadakan perlawanan amal bola sepak bersama-sama Johor Fan Club Klang Valley (JFCKV), sebuah kelab penyokong bola sepak terdiri daripada anak-anak Johor yang bekerja di Lembah Klang, baru-baru ini.

“Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pasukan MTSC berjaya menumpaskan JFCKV dengan jaringan tiga gol berbalas dua.

“Selain mengutip dana untuk tabung berkenaan, perlawanan itu juga bertujuan mengeratkan ukhuwah antara kedua-dua buah kelab yang terdiri daripada anak jati Johor,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, penubuhan tabung itu satu inisiatif peminat dan penyokong bola sepak di kampungnya bagi membantu meringankan beban kos rawatan Anuar yang juga anak kelahiran Johor.

Menurut Azman, peminat sukan bola sepak di Kampung Hang Tuah dan Melepang sentiasa mendoakan agar kesihatan legenda bola sepak itu kembali pulih dan sihat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini