Zii Jia bakal jadi tumpuan di Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Zii Jia bakal jadi tumpuan di Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Ketiadaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menjadikan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sebagai sandaran utama negara untuk menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini esok.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata, kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 750 bernilai AS$700,000 (RM2.86 juta) itu merupakan pentas terbaik untuk mencari keyakinan diri sebelum meneruskan kemaraan di pentas kejohanan antarabangsa lain.

Katanya, walaupun dia menjadi sandaran utama negara namun prestasi semasanya masih dalam pemantauan kerana pemain berusia 21 tahun itu masih belum menemui rentak permainan sebenar yang diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu menang di Terbuka Taiwan, dia masih lagi mencari rentak permainan dan di pentas besar seperti Terbuka Malaysia ini dia perlu dapatkan rentak permainan untuk mara lebih jauh.

“Zii Jia memang ada potensi, tetapi bukan sekarang kerana banyak perkara yang perlu dipelajarinya khususnya untuk menstabilkan mentalitinya semasa berdepan lawan di dalam gelanggang.

“Dia memang sandaran kita di sini tetapi dia baru nak menapak selepas ketiadaan Chong Wei dan saya lihat tekanan itu memang ada tetapi ini adalah pentas terbaik untuk dia meyakinkan diri,” katanya ketika ditemui selepas sesi ujian gelanggang di Axiata Arena, hari ini.

Turut beraksi di kejohanan itu ialah pemenang pingat gangsa kejohanan dunia, Liew Daren; juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei dan Soniia Cheah dalam acara perseorangan wanita.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini