Balai Seni Negara cawangan Langkawi dibuka kepada pengunjung - Utusan Malaysia

Balai Seni Negara cawangan Langkawi dibuka kepada pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Pembukaan Balai Seni Negara cawangan Langkawi yang terletak di Dayang Walk Commercial Square, Langkawi, Kedah pada 29 Mac lalu disambut baik oleh penduduk tempatan dan pelancong.

Balai Seni Negara dalam kenyataan berkata, balai seni itu merupakan cawangan pertama agensi berkenaan yang kini berusia 60 tahun dan bergerak di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Balai Seni Negara cawangan Langkawi diwujudkan sebagai pusat perkongsian dan pembangunan ilmu seni visual melalui aktiviti seperti pameran, bengkel, kursus dan simposium.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pembukaan ia mempersembahkan Pameran Lakar Langkawi dan Kata Sila untuk tatapan pengunjung,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, majlis perasmian pameran itu disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi,

“Balai Seni Negara cawangan Langkawi dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung Balai Seni Negara cawangan Langkawi boleh berbuat demikian dengan melayari www.artgallery.gov.my,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini