Lynas: Mohd. Redzuan tiada locus standi - Fuziah - Utusan Malaysia

Lynas: Mohd. Redzuan tiada locus standi – Fuziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof tiada locus standi untuk mengulas lanjut mengenai pelaburan memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berpendapat adalah lebih baik hal-hal berkaitan dengan pelaburan diulas oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Tiada sebarang kaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan, maksudnya dia (Mohd. Redzuan) tiada locus standi, saya ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tetap dengan pendirian saya seperti yang Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin iaitu pra syarat untuk syarikat itu memperbaharui lesen adalah menghantar pembuangan sisa bahan radioaktif ke Australia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Mohd. Redzuan memberitahu, pelaburan Lynas di negara ini ‘terlalu besar’ untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengabaikan.

“Pada pendapat saya, kita perlu berbincang dalam Kabinet, kita perlu meneruskan dan isu sisa itu perkara yang berlainan. Terdapat alternatif lain untuk menguruskannya,” kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini