Rayzam Shah tetap kuat biarpun patah tangan - Utusan Malaysia

Rayzam Shah tetap kuat biarpun patah tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Patah di bahagian tulang ulna tangan kanan menyebabkan jaguh 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian bakal berehat panjang sehingga tujuh minggu sekali gus terlepas aksi Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar pada 21 hingga 24 April ini.

Rayzam Shah dikejarkan ke Hospital Serdang pada semalam akibat kecederaan serius itu selepas terjatuh ketika cuba melepasi pagar terakhir dalam saingan akhir Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kata Rayzam Shah, biarpun sedih dengan kecederaannya itu namun dia tetap bersyukur kerana sempat sembuh sebelum menyertai Sukan SEA 2019 di Manila pada November ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan pemeriksaan awal, saya perlu rehat dalam enam hingga tujuh minggu bermakna lebih kurang tiga bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Memang tidak sempat untuk bertanding dalam kejohanan Asia di Doha namun tetap lega sedikit kerana masih boleh menyertai latihan di Eropah andai sempat pulih sepenuhnya sekitar bulan Jun atau Julai nanti.

“Saya tidak kisah terlepas pertandingan di Doha kerana sasaran utama tahun ini ialah mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina selain cuba melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Ini juga kali pertama kecederaan yang saya alami hingga menyebabkan tangan patah dan ketika kejadian saya lihat ada bonjol di tangan akibat tulang terkeluar,” kata Rayzam.

Selepas ini Rayzam Shah akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu kerana kecederaan tersebut memerlukannya menjalani pembedahan secepat mungkin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini