Parlimen: BN beri peluang Waytha Moorthy jawab dengan tenang - Utusan Malaysia

Parlimen: BN beri peluang Waytha Moorthy jawab dengan tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Berbeza berbanding sidang Parlimen tahun lalu, pembangkang khususnya Barisan Nasional (BN) memberikan keselesaan penuh kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy untuk menggulung usul perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya hari ini.

Keadaan itu membolehkan beliau menjawab dengan tenang segala isu berbangkit mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional.

Sebaliknya, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang menyertai celahan dalam sesi itu menganggap penyokong kerajaan sendiri khususnya DAP yang cuba menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan mengungkit perkara-perkara memburukkan BN.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara isu yang cuba memburukkan BN ialah sebagai penca kejatuhan kedudukan Malaysia dalam indeks kebahagiaan dunia dan kononnya kerjasama UMNO dan Pas mengisytiharkan perang terhadap kaum atau agama lain.

“Mereka (penyokong kerajaan) kena cakap tolong menteri. Hari ini kami jaga menteri. DAP cuba provokasi supaya kami melawan menteri. Saya minta jangan provokasi menyebut BN,” katanya ketika mencelah.

Shahidan dan RSN Rayer (PH-Jelutong) antara Ahli Parlimen yang kerap mencelah untuk menyindir parti lawan masing-masing.

Semasa sidang Dewan Rakyat pada November 2018, laungan ‘rasis’ bergema ketika Waytha Moorthy menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat kementerian.

Laungan yang datang daripada blok pembangkang itu berikutan rasa tidak berpuas hati dengan penularan kembali video wawancara Waytha Moorthy kira-kira 10 tahun lalu di Belanda yang dilihat banyak pihak telah memanipulasi beberapa perkara berkaitan layanan terhadap masyarakat India di negara ini.

Video wawancara itu didakwa dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf)dijalankan pada November 2007 di mana beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah beliau sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini