SPR bincang PRK Parlimen Sandakan Jumaat ini - Utusan Malaysia

SPR bincang PRK Parlimen Sandakan Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt pada 28 Mac lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Alias Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof ekoran kekosongan luar jangka berikutan berita kematian penyandang kerusi parlimen tersebut.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada pukul 9 pagi, Jumaat ini di Ibu Pejabat SPR yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat ini bagi membincangkan perkara-perkara penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilihan serta persiapan-persiapan lain yang digunakan dalam PRK tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Alias, satu sidang akhbar akan diadakan sejurus mesyuarat selesai diadakan.

Stephen, 65, yang juga Pengerusi DAP Sabah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 12.15 tengah hari, 28 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini