Masalah pendengaran antara penyakit pekerjaan tertinggi - Utusan Malaysia

Masalah pendengaran antara penyakit pekerjaan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Masalah pendengaran akibat terdedah kepada bunyi bising keterlaluan di tempat kerja merupakan antara penyakit pekerjaan yang paling tinggi dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, masalah kesihatan lain yang sering dihadapi pekerja ialah penyakit ergonomik iaitu berkaitan sendi, tulang dan otot yang menyebabkan sakit pada belakang dan pergelangan tangan.

“Sebab itu kita menekankan tentang kepentingan pekerja atau majikan menjelaskan kepada doktor punca bagaimana masalah itu berlaku bagi mengenal pasti punca penyakit sama ada disebabkan kecuaian berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan pengakuan tersebut, doktor berkenaan boleh membuat laporan kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya dapat diambil,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pra sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2019  di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JKKP, Ir Omar Mat Piah.

Mahfuz berkata, banyak kes kesihatan yang disebabkan pekerjaan dipercayai berlaku tetapi tidak dilaporkan dan ia menyukarkan pihak berwajib membuat analisis dan langkah pencegahan berkurang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini