[VIDEO]Belalai air cemaskan penduduk Pulau Pinang - Utusan Malaysia

[VIDEO]Belalai air cemaskan penduduk Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Penduduk di kawasan Tanjung Bungah, Pulau Pinang cemas apabila satu fenomena belalai air berlaku selama 20 minit di perairan kawasan tersebut.

Seorang saksi, Muhammad Alwafi Mustaffa Albakri berkata, fenomena tersebut telah menyebabkan beberapa bumbung di kawasan perumahan sekitar Tanjung Bungah tercabut dan beberapa penduduk lari berselindung di tempat yang selamat.

BELALAI AIR
 

“Kejadian berlaku pada pukul 2.15 petang semasa hujan lebat dan ribut kencang di sini. Saya ketika itu berada di tingkat 10 bangunan Springtide Residence atas urusan kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya terkejut apabila memandang di luar tingkap kerana melihat belalai air secara perlahan-lahan menghala ke arah bangunan ini. Mujurlah selepas 20 minit belalai air itu hilang,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

BELALAI AIR
 

Muhammad Alwafi turut berkongsi rakaman video kejadian fenomena belalai air tersebut dengan Utusan ONLINE. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini