KUB lantik semula Johari Ghani - Utusan Malaysia

KUB lantik semula Johari Ghani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – KUB Malaysia Bhd. (KUB) melantik semula bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif bagi menggantikan Datuk Ahmad Ibnihajar yang dilantik semula sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Johari sebelum ini adalah Pengarah Bukan Bebas KUB. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan II mulai 27 Julai 2016 hingga 9 Mei 2018 dan kini merupakan Pengarah C.I Holdings Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memiliki kepentingan tidak langsung sebanyak 178.07 juta unit saham biasa dalam KUB menerusi JAG Capital Holdings Sdn Bhd.

Bulan lalu, JAG Capital muncul pemegang saham terbesar dalam KUB selepas mengambil alih 31.99 peratus pegangan dari Anchorscape Sdn. Bhd. bernilai RM121.09 juta.

Sebelum urus niaga tersebut, Anchorscape, syarikat pegangan pelaburan yang dikaitkan dengan Darhim Dali Hashim dan Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza merupakan pemegang saham terbesar dengan 52.17 peratus pegangan.

Setakat 3.01 petang, saham KUB susut 1.23 peratus kepada 40 sen sesaham dengan pasaran modal RM222.59 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini