Tiada pergerakan bauksit - Utusan Malaysia

Tiada pergerakan bauksit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 1 April – Tiada aktiviti perlombongan bauksit dijalankan di daerah ini selepas tempoh moratorium tamat semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di Felda Bukit Goh di sini mendapati, kawasan stok simpanan lenggang dan tiada sebarang aktiviti perlombongan atau memproses bauksit dijalankan.

Tinjauan juga mendapati tiada pergerakan lori membawa bauksit di laluan antara kawasan perlombongan sehingga ke Pelabuhan Kuantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) , Ali Akbar Othman mencadangkan pihak terlibat memastikan jumlah tenaga agensi penguatkuasaan mencukupi untuk memantau operasi perlombongan kerana kekurangannya menyumbang kepada pencemaran sebelum ini.

“Kita mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Negeri (MKN) turut sama memantau aktiviti perlombongan bauksit dengan mengambil kira pengalaman lalu apabila lima kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Kuantan perlu memantau hampir 500 lori bauksit setiap hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ali Akhbar, cadangan supaya penglibatan orang awam seperti skim rondaan sukarela diwujudkan khusus untuk memantau isu berkaitan penjagaan alam sekitar termasuk dalam perlombongan bauksit.

Katanya, ia boleh dianggotai oleh wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan penduduk dalam isu setempat dan keanggotaannya perlu diperakui oleh kerajaan serta diperuntukkan bidang kuasa bersesuaian.

Terdahulu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sesi pendengaran awam bagi mendapatkan maklum balas mengenai prosedur operasi standard (SOP) berhubung kegiatan perlombongan berkenaan akan diadakan 14 April ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini