Beregu wanita tewas di final Terbuka India - Utusan Malaysia

Beregu wanita tewas di final Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Harapan pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean merangkul kejuaraan kejohanan badminton Terbuka India tidak kesampaian selepas mereka dikecewakan di pentas final hari ni.

Pasangan No.1 negara yang menjadi wakil tunggal di pentas final kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 500 itu dilihat gagal menandingi ketangkasan yang ditampilkan pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu dalam perlawanan itu.

Dalam set pertama, pasangan negara itu menampilkan aksi seimbang pada awal permainan sebelum ketinggalan 10-15 dan tewas 11-21.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aksi set kedua menyaksikan mereka memberikan saingan sengit kepada Greysia-Apriyani dan terikat sehingga kedudukan 18-18.

Ketika perlawanan hampir diheret ke set penentuan selepas kedua-dua pasangan terikat pada kedudukan 23-23, pasangan Indonesia itu menampilkan strategi lebih baik untuk meraih mata kemenangan dengan keputusan 25-23 untuk merangkul kejuaraan di India.

Kekalahan itu merupakan yang kedua buat pasangan negara selepas kali terakhir tewas kepada pasangan itu di Kejohanan Dunia tahun lalu.

Selepas ini Mei Kuan-Meng Yean akan meneruskan cabaran di Terbuka Malaysia yang akan bermula Selasa ini dan dijadual berdepan cabaran pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini