100 PATI diserbu ketika nyenyak tidur - Utusan Malaysia

100 PATI diserbu ketika nyenyak tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tidur lena sebahagian besar pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak berpanjangan selepas kawasan perumahan mereka di Jalan Mawar, Kampung Sungai Ara, Petaling Jaya dekat sini digempur Jabatan Imgiresen awal pagi tadi.

Serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Imigresen Selangor bermula kira-kira pukul 12.45 pagi berjaya menahan 100 orang PATI.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam mengenai lambakan PATI yang menyewa kawasan perumahan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, dalam serbuan terbabit kira-kira 180 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu 100 orang ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 50 orang lelaki dan 50 orang wanita termasuk lapan orang kanak-kanak berusia satu hingga 50 tahun membabitkan warga Indonesia, India, Pakistan dan Kemboja.

“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur. Pasukan operasi terpaksa mengetuk pintu rumah berulang kali sebelum pintu dibuka,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, kesemua yang ditahan kemudiannya di bawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan pemilik premis yang telah menyewakan rumah atau premis mereka kepada PATI terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas/permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini