KUALA LUMPUR 30 Mac – Tidak sampai 10 hari ditayangkan, karakter kegemaran kanak-kanak Upin & Ipin menerima nasib ‘malang’ akibat sikap tidak bertanggungjawab pengunjung pawagam di pusat membeli-belah Alamanda, Putrajaya dekat sini.
Dalam perkongsian pembaca hari ini, poster filem animasi terbaharu Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal rosak akibat dikoyak pada bahagian kepala dan badan.
Sikap mementingkan diri itu menyebabkan pengunjung terutama kanak-kanak dan ibu bapa yang mahu bergambar dengan watak-watak filem itu hampa dan kecewa.
Memuatkan artikel berkaitan…
Animasi Upin dan Ipin terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd. yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 21 Mac lalu meraih rating paling tinggi sehingga hari ini. – UTUSAN ONLINE











