Pengguna AKLEH nikmati diskaun tol 20 peratus sepanjang April - Utusan Malaysia

Pengguna AKLEH nikmati diskaun tol 20 peratus sepanjang April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada pengguna kelas satu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) sepanjang April ini.

Prolintas dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tawaran itu bermula dari pukul 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.

Katanya, kadar tol kenderaan kelas satu itu akan dikurangkan kepada RM2 berbanding kadar asal iaitu RM2.50 untuk tempoh tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharap ia akan dapat membantu mengurangkan kos perjalanan pengguna setia, sekali gus menarik lebih ramai pemandu untuk menggunakan AKLEH terutamanya penduduk dari kawasan Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Taman Melawati, Keramat, Wangsa Maju, Ampang dan sekitarnya.

“Pemberian diskaun ini juga bertujuan menggalakkan pengguna AKLEH merancang perjalanan bagi mengurangkan keadaan trafik yang sesak di waktu puncak terutama sebelah pagi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tawaran tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia yang menjadikan AKLEH sebagai laluan utama mereka.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini