Makanan warisan negara perlu dipertahankan - Utusan Malaysia

Makanan warisan negara perlu dipertahankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mac – Satu usaha khusus perlu dilakukan kerajaan untuk mempertahankan hak milik makanan tradisional selepas melihat keghairahan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia melakukan tuntutan kononnya mereka adalah pemilik sebenar kebanyakan makanan tradisional negara.

Hal itu dapat dilihat menerusi tindakan Singapura yang mempertahankan tindakan mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) berhubung makanan jalanan mereka semalam.

Pegawai Kanan Lembaga Warisan Kebangsaan Singapura, Yeo Kirk Siang malah memberikan alasan yang pencalonan itu bukan bertujuan untuk menunjukkan makanan jalananan di sana lebih baik berbanding negara lain tetapi kerana mahu melihat sama ada amalan budaya mereka dihargai komuniti setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara tersebut mendapat perhatian Chef selebriti terkenal tanah air, Zamzani Abdul Wahab yang mahu semua pihak berkaitan warisan dan budaya dalam negara mempertahankan hak milik makanan tradisional dalam negara.

Menurut Zamzani yang lebih dikenali sebagai Chef Zam, makanan tradisional negara adalah aset penting buat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana ia menjadi satu daripada tarikan utama pelancong untuk datang ke Malaysia.

“Kita tidak boleh mengambil mudah soal hak milik makanan tradisional negara kerana menjadi satu kerugian besar sekiranya ia menjadi milik negara jiran.

“Makanan tradisional kita telah menjadi identiti nasional yang membuatkan pelancong datang ke sini. Lihat saja negara yang terkenal dengan industri pelancongan mereka seperti Perancis dan Sepanyol yang menjaga hak milik makanan tradisional mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Mengulas lanjut, Chef Zam menambah, usaha untuk menyenaraikan penetapan menu makanan tradisional negara telah dilakukan sebelum ini bagi memastikan ia tidak ‘dicuri’ negara lain.

Bagaimanapun, katanya, usaha tersebut perlu digandakan supaya semua makanan tradisional negara diwartakan dengan UNESCO seterusnya dipromosikan ke peringkat lebih tinggi dalam industri pelancongan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini