Kehadiran Najib kukuhkan kerjasama Pas - UMNO - Utusan Malaysia

Kehadiran Najib kukuhkan kerjasama Pas – UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 30 Mac – Dewan Ulama Pas Kelantan menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri ini semalam mengeratkan lagi hubungan di antara parti itu dengan UMNO.

Ketuanya, Datuk Hassan Mahmood berkata, sudah sekian lama orang Melayu dan Islam untuk melihat kedua-dua parti itu berada atas satu landasan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang berkata, hubungan tersebut perlu diperkukuhkan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
HASSAN MOHAMAD (tiga dari kanan) berucap pada Majlis Perasmian Gegar Boksing Bossku sambil perhatika
HASSAN MOHAMAD (tiga dari kanan) berucap pada Majlis Perasmian Gegar Boksing Bossku sambil perhatikan Najib Tun Razak (tiga dari kanan); Mohd. Fared Abdul Ghani (dua dari kanan) dan Ahmah Jazlan Yaakub di Pantai Irama Bachok malam tadi. – UTUSAN ONLINE

“Sekian lama orang Melayu dan Islam mahu melihat (Pas dan UMNO) berada dalam satu landasan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri akan bertambah erat hubungan ini.

“Jangan peduli apa orang nak kata pada kita. Kita kena bersatu kerana ada orang tidak suka dengan hubungan ini dan ini bukan titik permulaan tetapo noktah-noktah yang akan terus menyatukan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertandingan Gegar Boksing Bossku Pantai Timur di Pantai Irama di sini malam tadi.

 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Najib dan turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yakub dan Presiden Persatuan Boksing Negeri Kelantan, Datuk Seri Mohd. Fared Abdul Ghani.

Sementara itu, Najib berkata, beliau telah menganjurkan kerjasama di antara UMNO dan Pas kerana kerjasama dua parti itu akan membawa keamanan kepada negara.

“Program malam ini dibuay atas platform ‘Bossku’ yang merenasti politik kerana ‘Bossku’ adalah rakyat dan rakyat menentukan sikapnya memilih jalan untuk penyatuan ummah.

“Kalau rakyat hendakkan ini berlaku tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Kalau kita bersama negara lebih aman dan jangan bimbang kita akan memilihara hak orang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini