MIC desak Dr. Streram buktikan dakwaan atau mohon maaf - Utusan Malaysia

MIC desak Dr. Streram buktikan dakwaan atau mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 30 Mac – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap desakan MIC supaya beliau meminta maaf atau membuktikan dakwaan anggota MIC telah menyerang seorang ketua ranting PKR semalam.

“Saya akan bincang dengan peguam,” katanya ringkas dalam sidang akhbar selepas penamaan calon PRK DUN Rantau di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Portal berita, Malaysiakini hari ini melaporkan, Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan sebagai berkata, Dr. Streram perlu membuktikan tuduhan bahawa anggota MIC telah menyerang seorang ketua ranting PKR semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, parti itu akan menyaman Dr. Streram jika gagal membuktikan tuduhan itu dalam tempoh 24 jam.

Semalam, ketua ranting PKR Taman Cempaka, K. Suresh dilaporkan diserang seorang lelaki ketika membersihkan sebuah kawasan belukar. Beliau berjaya melepaskan diri dan mengalami kecederaan di lengan kirinya.

Dalam satu ceramah malam tadi, Dr. Streram dilaporkan mendakwa penyerang tersebut adalah dari MIC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini