Spurs tanpa Dier, Aurier - Utusan Malaysia

Spurs tanpa Dier, Aurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Mac – Tottenham bakal bertemu Liverpool di Anfield tanpa kelibat Eric Dier dan Serge Aurier yang mengalami kecederaan.

Pengendali Spurs, Mauricio Pochettino memberitahu, Dier mengalami kecederaan pangkal paha semasa membantu England menundukkan Republik Czech 5-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020.

“Dia (Dier) terpaksa direhatkan. Ia bukan isu besar tetapi dia perlu sembuh daripada masalah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu minggu, 10, sehari, dua minggu. Kita akan lihat perkembangannya.

“Minggu ini dia, Harry Winks dan Serge Aurier akan terlepas peluang beraksi,” kata Pochettino.

Pemain tengah Winks masih menjalani pemulihan selepas cedera pangkal paha manakala Aurier turut berdepan masalah kecederaan hamstring selepas kempen antarabangsa membantu Ivory Coast.

Spurs yang kini menghuni tangga ketiga liga berdepan misi penting untuk kekal dalam kelompok empat teratas selepas mengalami tiga kekalahan daripada empat aksi terakhir.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini