GUA MUSANG – Sikap Orang Asli suku kaum Batek yang enggan dan takut untuk membuat rawatan menjadi punca penyakit ‘misteri’ menyerang hampir seluruh keluarga kaum itu di Kampung Kuala Koh, sejak awal tahun ini.
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan negeri telah berkunjung ke kampung berkenaan untuk melakukan rawatan kesihatan, namun penduduk Orang Asli itu bertindak melarikan diri masuk ke kawasan hutan.
“Mereka dipujuk untuk dibawa ke hospital tetapi enggan naik bas.Bagaimanapun kita tidak akan berputus asa dan berharap mereka bersedia menerima rawatan supaya penyakit dapat ditangani,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











