PRK Rantau: Proses penamaan calon bermula - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Proses penamaan calon bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula pukul 9 pagi ini di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, di sini.

Proses penamaan calon berlangsung selama satu jam di mana calon perlu mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kertas Penamaan Calon yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya bersama pencadang atau penyokong. Selepas membuat semakan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya seterusnya akan mengumumkan secara rasmi calon-calon yang layak bertanding di kerusi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, para penyokong kedua-dua parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mula berkumpul di kawasan pusat penamaan calon seawal pukul 7 pagi dengan membawa bendera parti masing-masing.

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14, terbatal dan tidak sah. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini