Harga istimewa Cruise Tasik Putrajaya sempena fiesta belon udara panas - Utusan Malaysia

Harga istimewa Cruise Tasik Putrajaya sempena fiesta belon udara panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) menawarkan harga istimewa untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya bersempena penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2019 yang bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Datuk Zaharah Salamat berkata, Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak dengan pelayaran yang mengambil masa selama 30 minit.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan harga istimewa untuk perkhidmatan perahu dondang sayang iaitu pada kadar RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dengan pelayaran selama 25 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersempena dengan fiesta itu, MPSB membuka operasi di jeti berhampiran Umai Cafe bermula pada pukul 7 pagi hingga 7.30 malam untuk hari biasa manakala sehingga 10.30 malam bagi Sabtu dan Ahad.

“Sempena promosi ini, pengunjung boleh mengambil kesempatan  untuk merasai suasana keindahan sebenar Putrajaya menerusi pelayaran menyelusuri tasik seluas 650 hektar,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini