Biar Lim Guan Eng jawab dulu - Najib - Utusan Malaysia

Biar Lim Guan Eng jawab dulu – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Penjelasan mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) menjual aset negara di Hong Kong iaitu Malaysia Building hanya akan dibuat selepas Lim Guan Eng menjawab pendedahan penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin.

Tegas Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau akan meminta bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberikan penjelasan tersebut selepas menerima jawapan daripada Setiausaha Agung DAP itu berhubung isu projek terowong dasar laut.

Jelasnya, beliau mengetahui segala tindakan yang dilakukan ketika memegang jawatan Perdana Menteri dan memimpin kerajaan BN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak, kita hanya akan komen selepas Guan Eng jawab segala kandungan pendedahan Raja Petra. Beliau kena komen dahulu.

“Takkanlah semua kita sahaja nak komen. Saya tahu apa yang kita telah buat, saya akan komen tapi Guan Eng kena komen dulu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dua hari lalu di Dewan Rakyat, Guan Eng mendedahkan, Najib adalah individu bertanggungjawab meluluskan penjualan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa.

Raja Petra menerusi portal Malaysia Today sebelum ini menerbitkan beberapa artikel yang memaparkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas terowong dan projek jalan raya dengan anggaran RM6.3 bi­lion.

Berdasarkan artikel-artikel ter­sebut, beberapa bekas Exco Pulau Pinang telah dinamakan dalam dokumen berkaitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini