Harga istimewa Cruise Tasik Putrajaya - Utusan Malaysia

Harga istimewa Cruise Tasik Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Mac- Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) menawarkan harga istimewa untuk Cruise Tasik Putrajaya bersempena penganjuran Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2019 yang bermula hari ini sehingga 31 Mac.

MPSB menawarkan harga istimewa untuk Cruise Tasik Putrajaya dan perahu dondang sayang sempena Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2019. – UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Datuk Zaharah Salamat berkata, Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak dengan pelayaran yang mengambil masa selama 30 minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan harga istimewa untuk perkhidmatan perahu dondang sayang iaitu pada kadar RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dengan pelayaran selama 25 minit.

“Bersempena dengan Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2019, MPSB membuka operasi di jeti berhampiran Umai Cafe bermula pada pukul 7 pagi hingga 7.30 untuk hari biasa dan sehingga 10.30 malam untuk Sabtu dan Ahad.

“Saya berharap pengunjung mengambil kesempatan ini untuk merasai suasana keindahan sebenar Putrajaya menerusi pelayaran menyelusuri tasik seluas 650 hektar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini