Hernandez sertai Bayern Munich - Utusan Malaysia

Hernandez sertai Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Mac – Bayern Munich telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan Lucas Hernandez daripada Atletico Madrid dengan yuran berjumlah 80 juta euro (RM367 juta) dan pemain kebangsaan Perancis itu akan memulakan aksi secara rasmi dengan kelab baharu pada 30 Jun ini.

Pemenang Piala Dunia itu menyertai Bayern dengan kontrak selama lima tahun sekali gus bakal menguatkan jentera pertahanan kelab gergasi Jerman berkenaan.

“Hari ini amat penting dalam karier saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bayern Munich adalah salah satu kelab terbaik di Eropah dan dunia.

“Saya amat bangga andai dapat membantu Bayern memenangi gelaran pada masa akan datang dalam masa sama ingin berterima kasih kepada Atletico kerana memberikan saya pengalaman berharga sepanjang 12 tahun bersama,” kata Hernandez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini