Perbicaraan SRC ditentukan mahkamah - Utusan Malaysia

Perbicaraan SRC ditentukan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bangi 28 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyangkal dakwaan penangguhan kes perbicaraan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kekurangan bukti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, segala bukti telah dikemukakan oleh pihaknya kepada Peguam Negara dan terpulang kepada mahkamah untuk menentukan proses seterusnya.

“Tugas SPRM adalah untuk menyiasat dan kita telah kemukakan bukti kepada pihak Peguam Negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, soal ada bukti atau tidak, biar mahkamah yang tentukan ketika perbicaraan kelak,” katanya dalam sidang akbar selepas hadir pada Majlis Ikrar Bebas Ra­suah (IBR) bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini