Saintis dakwa cendawan ditemui di Planet Marikh - Utusan Malaysia

Saintis dakwa cendawan ditemui di Planet Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Kenderaan penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity merakam beberapa gambar yang didakwa cendawan di Planet Marikh.

Saintis-saintis sebelum ini mempercayai persekitaran di Planet Marikh tidak dapat menampung hidupan.

Bagaimanapun, sepasukan saintis mendakwa gambar yang dirakam oleh Curiosity itu membuktikan perkara sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penemuan tersebut masih belum disahkan ataupun disanggah oleh NASA.

Pengarang bersama kajian itu daripada jabatan mikrobiologi sekolah sains hayat India, Dr Regina Dass berkata: “Tiada kuasa geologi atau abiogeni di Bumi yang boleh menghasilkan struktur enapan yang mempunyai bentuk cendawan, tangkai dan menaburkan apa yang kelihatan seperti spora di permukaan kelilingnya.”

“Sebanyak 15 spesimen cendawan itu yang tumbuh di atas permukaan dirakam oleh NASA,” tambahnya.

Dakwaan tersebut disiarkan dalam penerbitan, Journal of Astrobiology and Space Science Reviews baru-baru ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini