RMMJ:Jangan terpedaya orang tengah - Sultan Johor - Utusan Malaysia

RMMJ:Jangan terpedaya orang tengah – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Mac – Sultan Johor menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kewujudan ‘orang tengah’ mahupun ‘ejen’ yang memberi jaminan mengenai urusan pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan tegas kerana Baginda sedih melihat ramai menjadi mangsa penipuan tersebut.

“Saya amat berharap masyarakat akan lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya kerana sebelum ini pihak berkuasa juga berkali-kali mengingatkan bahawa permohonan RMMJ dilakukan menerusi aplikasi dalam talian dan tidak wujud lantikan pihak ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan kerana saya tidak mahu lebih ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah menjadi mangsa orang tengah atau ejen ini yang menjanjikan RMMJ kepada mereka,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) sebentar tadi.

Mengambil contoh projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), Baginda bertitah, segala proses permohonan dilakukan secara teliti dan telus oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor tanpa melibatkan pihak ketiga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini