Bukan bodek tapi satu kebenaran - Utusan Malaysia

Bukan bodek tapi satu kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Mac – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin tegas dan bukannya diktator.

Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, Abdul Hadi tidak berniat untuk membodek Perdana Menteri sebaliknya hanya menyatakan kebenaran.

“Bodek membodek ini tak berbangkit, apa yang disebut oleh Tok Guru (Abdul Hadi) itu adalah satu kebenaran, kalau bodek pun buat apa, yang benar itu benarlah, (Tun tegas) sebagaimana yang dia sebut,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Abdul Hadi hanya mahu membodek Perdana Menteri.

Abdul Hadi semalam menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Pernatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menyifatkan Mahathir sebagai seorang diktator sebaliknya berpendapat Perdana Menteri bersikap tegas kerana berhadapan dengan barisan kabinet yang lemah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini