Bisa katak puru rawat kemurungan - Utusan Malaysia

Bisa katak puru rawat kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALTIMORE, Maryland – Satu kajian baharu mendapati sebatian kimia daripada bisa kodok di Amerika Syarikat dapat digunakan untuk merawat sindrom kemurungan yang dihadapi oleh pesakit mental.

Pasukan penyelidik di Universiti John Hopkins yang membuat penemuan itu menyatakan sebatian itu dikenali sebagai 5-MeO-DMT dan diasingkan daripada bisa Kodok Sungai Colorado.

Sebatian tersebut didapati bertindak pantas untuk mengurangkan kemurungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyelidik Unit Kajian Psikedelik Universiti John Hopkins, Dr. Alan Davis berkata, pihaknya telah menjalankan ujian lanjut terhadap sebatian 5-MeO-DMT selain meneroka ubat psikedelik lain seperti psilosibin dan ketamin.

“Ubat jenis psikedelik (termasuk 5-MeO-DMT) bertindak balas dengan cepat untuk mengurangkan kemurungan berbanding ubat antikemurungan biasa walaupun ia bersifat halusinogenik (mencetuskan khayalan).

“Ubat 5-MeO-DMT bertindak serta-merta dan kesannya dapat dirasakan antara satu jam hingga sejam setengah.

“Sebanyak 80 peratus daripada 362 responden yang diuji menyatakan bahawa rawatan itu walaupun singkat, dapat mengurangkan simptom mereka,” kata Davis.

Kodok Sungai Colorado itu menggunakan bisanya untuk melindungi diri daripada pemangsa, namun sebatian tersebut juga boleh dicipta secara sintetik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini