Sorakan 'monyet' iringi perlawanan England - Utusan Malaysia

Sorakan ‘monyet’ iringi perlawanan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PODGORICA 26 Mac – Callum Hudson-Odoi menyifatkan sorakan ‘monyet’ daripada penyokong Montenegro sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) perlu mengambil tindakan tegas terhadap insiden yang berlangsung semasa aksi kelayakan Euro 2020 melibatkan pasukan England.

Skuad kendalian Gareth Southgate tidak berdepan masalah untuk menang 5-1 dalam perlawanan itu tetapi ia dibayangi kata-kata perkauman ke atas pemain England ketika Raheem Sterling meraikan jaringan kelima pasukan itu.

Hudson-Odoi yang membuat penampilan pertama bersama Three Lions mengesahkan bahawa dia mendengar sorakan ‘monyet’ daripada kawasan penyokong dan pemain berusia 18 tahun itu berharap tindakan tegas akan dikenakan kepada tuan rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diskriminasi kaum tidak seharusnya berlaku di mana-mana kerana kita semua adalah sama.

“Kami perlu bermain secara adil dan menikmati situasi semasa tetapi apabila anda mendengar penghinaan seperti ini daripada penyokong, ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Saya harap UEFA akan ambil tindakan terhadap perkara ini.

“Apabila kami ke kawasan penyokong, saya dan Rose terdengar mereka berkata ‘oohh ah ah’, bunyi monyet,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini