Lebih 1,000 kes Ebola di Republik Demokratik Congo - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 kes Ebola di Republik Demokratik Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENI 25 Mac – Hampir dua pertiga daripada 1,000 orang yang dijangkiti wabak Ebola maut dalam tempoh lapan bulan penularannya di timur Republik Demokratik Congo.

Kementerian Kesihatan republik itu berkata, sebanyak 1,009 kes dilaporkan sehingga kini dan 629 daripadanya menyebabkan kematian.

Wabak itu mula dikesan pada 1 Ogos di wilayah Kivu Utara, sebelum merebak di wilayah berhampiran, Ituri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jumlah kematian itu adalah yang kedua terburuk dalam sejarah wabak Ebolaa yang melanda Guinea, Liberia, Sierra Leone pada 2014 hingga 2016 yang meragut nyawa 11,308 mangsa. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini