Individu bergelar Datuk Seri disyaki minta rasuah RM1.8 juta dituduh esok - Utusan Malaysia

Individu bergelar Datuk Seri disyaki minta rasuah RM1.8 juta dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang individu bergelar Datuk Seri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor esok kerana dipercayai meminta wang sogokan berjumlah RM1.8 juta daripada bekas Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pemilik syarikat perunding kejuruteraan berusia 50 tahun itu akan berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. 

Ujarnya, suspek sebelum ini dikatakan berjumpa mangsa serta beberapa lagi pegawai agensi kerajaan terbabit dan mendakwa mereka kononnya sedang disiasat SPRM. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, suspek bertindak sebagai ejen dan mendakwa dirinya mampu menyelesaikan kes yang disiasat SPRM itu kerana mengenali ‘orang dalam’ dan pengurusan tertinggi suruhanjaya tersebut. 

“Suspek bukan sahaja mengaku dan menjual nama SPRM seolah-olah dia mempunyai ‘kuasa’ ke atas agensi ini malah dia juga mendakwa mampu mendapatkan gelaran Datuk Seri untuk mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek mendakwa kes itu mampu diselesaikan tanpa melibatkan peruntukan undang-undang jika mereka membayar sejumlah wang dipercayai berjumlah lebih RM1.8 juta bagi kedua-dua tujuan tersebut. 

Kosmo! sebelum ini melaporkan SPRM berjaya mendapatkan perintah tahanan reman selama enam hari ke atas suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Terdahulu, suspek ditangkap di Bandar Baru Bangi pada April tahun lalu selepas mangsa yang berasa sangsi merujuk perkara itu kepada SPRM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini